THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 27, 2009

PERFUME…


Deria Bau 10,000 kali ganda lebih tajam daripada deria rasa…Jesteru tidak hairanlah sejarah haruman atau minyak wangi bermula seawall zaman pertengahan. Semenjak berkurun lalu haruman ada;ah seni milik bangsa Arab, PERFUME asalnya dari dua perkataan latin..PER bermaksud MENERUSI…manakala FUMAM bererti ASAP. Perfume atau haruman asalnya terdapat dalam bentuk kemenyan..
Haruman melambangkan kepribadian anda. Ia mencerminkan bagaimana anda melihat diri anda dan bagaimana anda mahu orang menilai anda..
Kebanyakan haruman mengandungi antara 50 – 100 bahan tetapi biasanya 200 bahan. Tidak hairan ada yang mengandungi 621 bahan misalnya Wings, Giorgio Beverly Hills manakala Red ngandungi 700 bahan.
Berikut beberapa asas personaliti haruman untuk lelaki iaitu:
1.Oriental-Sensual. Menggoda, Misteri
-Le Male (Jean Paul Gaultier)
-JOOP! Homme (JOOP!)
-Obsession for Men(Calvin Klein)

2. Kayu-Kayan –Sensual, Elegan, Berharga, Misteri
-Celine For Men (Celine)
-Paco Rabanne Pour Homme (Paco Rabbane)
-Etiencce Aigner Pour Homme(Etiene Aigner)
-Polo (Ralph Lauren)
-Gucci Envy For Men(Gucci)
-Farenheit(Christian Dior)

3. Rumusan Rempah Ratus – Garang, Eksotik, Rugged, Telus
-L’eau d’Issey Pour Homme (Issey Miyake)
-Burberry Touch (Burberry)
-Bvlgari BLV Men (Bvlgari)
-Armani eau pour Homme (Giorgio Armani)

4.Citrus – Vital, Segar, Semula jadi, Unggul
-Paul Smith
-Carolina Herra 212 On Ice
-Aqua di Gio pour Homme (Giorgio Armani)
-Eau Savage (Christian Dior)
-Rochas Man (Rochas)

Panduan Memilih ..
Haruman menghasilkan bau yang berlainan bergantung kepada sesiapa pemakainya…Oleh itu, amatlah penting anda mengujinya sebelum membeli sesuatu haruman.
1. Uji haruman pada kulit
2. Tempat paling tepat adalah pada pergelangan tangan.
3. Calit atau sembur sedikit pada pergelangan tangan.
4. Jangan sekali-kali menggosok kerana ini akan membuat minyak kulit and bercampur dengan haruman dan menyebabkan sifat haruman berubah.
5. Tunggu 20 minit tapi sebaik-baik nya sejam sebelum memutuskan sesuatu pembelian.
6. Ketika membeli haruman tentukan dua pekara ini: adakah anda suka bau haruman itu sebaik sahaja disemburkan atau selepas beberapa minit disemburkan? Pastikan anda memilih criteria yang tepat.
Elakkan…
1. Menyembur haruman pada ketiak. Peluh ketiak akan bergaul dengan aroma haruman hingga boleh menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
2. Menyembur haruman dengan tujuan menutupi badan yang berbau. Tindakan anda tidak akan Berjaya sebaliknya ia akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
3. Menyembur cologne dengan terlalu banyak. Bau yang kuat akan menyengit hidung.
Sebaik-baik nya sembur atau sapukan pada bahagian TITIK NADI iaitu Leher, Pergelangan Tangan dan Belakang Telinga ini kerana bahagian ini terdapat denyutan nadi. Haruman menjadi aktif apabila suhu badan berubah-ubah, jadi titik-titik nadi ini akan sentiasa bereaksi dengan aroma yang disapu padanya.

0 comments: