THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 21, 2009

jiKa Ia sEbUaH cINtA .......(to Some1...)



Jika ia sebuah cinta.....
ia tidak mendengar...
namun sentiasa bergetar....
Jika ia sebuah cinta.....
ia tidak buta..
namun sentiasa melihat dan merasa..
Jika ia sebuah cinta.....
ia tidak menyeksa..
namun sentiasa menguji..
Jika ia sebuah cinta.....
ia tidak memaksa..
namun sentiasa berusaha..
Jika ia sebuah cinta.....
ia tidak cantik..
namun sentiasa menarik..
Jika ia sebuah cinta.....
ia tidak datang dengan kata-kata..
namun sentiasa menghampiri
dengan hati..
Jika ia sebuah cinta.....
ia tidak terucap dengan kata..
namun sentiasa hadir dengan
sinar mata..
Jika ia sebuah cinta.....
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa mencuba
memenangi..
Jika ia sebuah cinta.....
ia mungkin saja suci..
namun sentiasa tulus..
Jika ia sebuah cinta.....
ia tidak hadir kerana permintaan..
namun hadir kerana ketentuan...
Jika ia sebuah cinta.....
ia tidak hadir dengan
kekayaan dan kebendaan...
namun hadir kerana
pengorbanan dan kesetiaan...

0 comments: